Arkitek Bercadang Untuk Melakukan Rekaan Yang Tidak Masuk Akal: Menggantung Pencakar Langit Dari Astroid

Sekumpulan pereka dari New York mendedahkan pelan mereka untuk satu jenis pencakar langit yang tidak dapat diggambarkan dengan kata-kata. Pelan mereka ialah untuk membina struktur yang besar di atas permukaan astroid dan mungkin itu bahagian rasional dari keseluruhan rekaan mereka.

Cloud Architecture Office ialah firma yang melahirkan idea untuk membina binaan pencakar langit yang besar, yang akan dipanggil Analemma Tower. Struktur itu pada ketika ini bersifat konsep dan mungkin di luar kemampuan. Ini kerana ia memerlukan sebuah astroid yang ditangkap dan dibawa berdekatan dengan orbit bumi. Dengan binaan asas di atas astroid dan puncaknya akan menuju ke bumi. Rekaan ini menggunakan tarikan graviti astroid untuk memegang struktur besar ini dari jatuh ke permukaan bumi.

i.img

Menara itu akan berada dalam lingkungan orbit 'geostationary' dan akan bergerak antara hemisfera dalam skala harian dan akan berbentuk angka 8. Arkitek firma itu berkata binaan itu akan menghabiskan masa di kawasan bandar New York hasil dari jangkaan trajektori. Bekalan elektrik boleh diambil dari panel solar dan bekalan air akan ditapis di dalam banggunan mengguna gelung semi-tertutup.

i.img

Berkenaan cara pengangkutan pula, konsep mencadangkan yang manusia boleh terjun menggunakan payung terjun ke permukaan bumi. Untuk ke pencakar langit pula, konsep tidak memperincikan lagi. Mungkin kalau struktur ini betul-betul dibina, pad pengangkutan la kot.

Sumber

Berkaitan