Arena Of Valor Untuk Switch Dilancarkan Bulan Hadapan, Versi Permainan Berbeza Dari Telefon Pintar

Antara permainan video mudah alih popular dalam kalangan pengguna telefon pintar, Arena of Valor dikatakan sedang dalam persiapan untuk muncul pada konsol Switch.

Dibangunkan oleh Tencent, versi konsol ini berbeza daripada platform telefon pintar dimana pembangun mahu mengoptimumkan keupayaan yang ada pada Switch.

Grafik dan animasi yang lebih baik, versi ini juga akan menampilkan penambahbaikan kepada hero yang ditawarkan.

Dilaporkan satu mode khusus untuk platform Switch akan disediakan iaitu Motion Sensor Hook War Game Mode. Mod ini akan menyokong pengawalan berasaskan pergerakan dari joycon.

Arena of Valor adalah permainan video berkonsepkan MOBA (Multiplayer Online Battle Arena) yang mana memerlukan dua pasukan (5 orang) bertempur.

Setiap pemain perlu memilih lebih daripada 50 hero dan juga mempunyai karakter daripada komik DC seperti Batman, Superman dan Wonder Woman.

https://www.youtube.com/watch?time_continue=1&v=1s350oAQxIo

Sumber: engadget