Arctic Mode Akan Ditawarkan Pada PUBG Mobile Bermula 16 April

Bagi anda yang mengisi masa terluang dirumah dengan bermain PUBG Mobile, aplikasi permainan tersebut bakal dikemaskinikan dengan Arctic Mode.

Penawaran tersebut akan bermula esok bersamaan 16 April 2020 dan sesuai dengan namanya, ia akan dimainkan pada peta Vikendi yang berlatar belakangkan musim sejuk.



 

Didalam mod ini, ribut salji akan datang beberapa kali sekaligus menguji pemain untuk mengekalkan suhu badan.

Bagi memastikan kesihatan pemain tidak menurun akibat cuaca sejuk tersebut, pelbagai cara boleh dilakukan seperti menggunakan pemetik api untuk menyalakan unggun api daripada ranting, memburu ayam untuk dipanggang dan dimakan, serta menggunakan alat pemanas atau pek haba.

Selain itu, terdapat juga papan luncur salji untuk digunakan pemain serta dron kawalan jauh dengan fungsi navigasi atau memantau musuh.