Archie, Enjin Carian Pertama Yang Diperkenal 30 Tahun Lalu

Archie, enjin carian pertama di dunia telah dilancarkan kepada umum pada 10 September 1990. Mengimbas kembali, enjin carian berusia 30 tahun itu pada mulanya dibangunkan sebagai projek fakulti oleh Alan Emtage dari McGill University di Montreal, Kanada.

https://www.youtube.com/watch?v=TdM3MNq9YL0

Pernah bekerja sebagai pelajar siswazah pada tahun 1989 di jabatan teknologi maklumat universiti tersebut, tugasan di fakulti itu memerlukan beliau untuk mencari perisian kepada pelajar dan fakulti. Setelah itu, beliau mula menghasilkan kod yang kemudiannya dikenali sebagai Archie.

Tidak hanya Emtage, pembangunan Archie turut dibantu oleh Bill Heelan dan Peter Deutsch yang menghasilkan script bagi membolehkan pengguna log masuk dan menggunakan enjin carian tersebut.

enjin carian archie

Bagaimanapun, rekaan enjin carian pada ketika itu bukanlah seperti apa yang dilihat dalam kebanyakan enjin carian sekarang. Ia hanya dilengkapi dengan paparan berasaskan teks dengan beberapa pilihan parameter carian. Tiada iklan mahupun interaktif grafik seperti yang ada masa kini.

Di awal kemunculannya juga, Archie pada asalnya adalah indeks File Transfer Protocol (FTP) iaitu alat yang digunakan untuk pemindahan fail antara komputer. Dengan teknologi yang ada pada ketika itu, carian adalah terhad dan carian yang dijumpai juga perlu dimuat turun terlebih dahulu sebelum dapat melihat fail tersebut.

Seiring dengan teknologi internet yang semakin berkembang, penggunaan enjin carian juga menjadi semakin mudah.

Sumber: Mashable

Berkaitan