Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Arah Pekerja Aktifkan Kamera Melanggar Hak Asasi Manusia – Mahkamah Belanda

Arah Pekerja Aktifkan Kamera Melanggar Hak Asasi Manusia – Mahkamah Belanda

Diterbitkan Oktober 11, 2022 oleh ariff bukhari

Mahkamah Belanda telah menetapkan bahawa mengarahkan pekerja mengaktifkan kamera web (webcam) sebagai satu tindakan yang melanggar hak asasi manusia.

Ketetapan itu dibuat selepas seorang pekerja syarikat telemarketer berpangkalan di Florida, AS yang bekerja dari negara Belanda telah dipecat kerana pekerja itu tidak akur dengan arahan syarikat itu.

Pekerja itu dalam pemfailan mahkamah di Belanda menyatakan, dia telah diarah untuk sentiasa menghidupkan webcam selama 9 jam dalam tempoh waktu bekerja.

Ia termasuklah untuk tujuan penstriman video dan berkongsi skrin. Walhal aktiviti-aktiviti kerjanya sudah tersedia dipantau melalui komputer riba oleh syarikat itu.

Ekoran itu, mahkamah Belanda dalam keputusan berkaitan kes itu menetapkan, “arahan untuk memastikan kamera web dihidupkan adalah bercanggah dengan penghormatan terhadap privasi pekerja.”

“Penjejakan melalui kamera selama 8 jam sehari adalah tidak seimbang dan tidak dibenarkan di Belanda,”

Malah dalam keputusannya itu juga, mahkamah Belanda mencadangkan bahawa menuntut pengawasan kamera web adalah pelanggaran hak asasi manusia.

Sehubungan itu, syarikat itu telah diarah oleh mahkamah negara Belanda membayar gaji pekerja, hari cuti yang tidak digunakan dan beberapa kos lain.

Sumber: Techcrunch

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lockdown Mode iPhone: Apa Fungsinya Dan Siapa Yang Patut Guna
  • NACSA Pantau Keselamatan Siber Negara Secara Berterusan, Tegaskan Keadaan Terkawal
  • Gangguan Laman Web Korporat Berpunca Daripada Isu Teknikal Pihak Ketiga, Operasi Perbankan Tidak Terjejas - Bank Rakyat
  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
©2026 WISER.MY