Arab Saudi Guna Sistem Pintar Urus 4000 Tan Sampah Sepanjang Musim Haji

Menerima jutaan umat Islam dari seluruh dunia, Arab Saudi perlu senantiasa berusaha menyediakan perkhidmatan terbaik bagi keselesaan ketika menjalani rukun islam kelima terbabit.

Salah satunya adalah sistem pengurusan sampah yang dikenali sebagai Smart Waste System, menggunakan teknologi pintar dan aplikasi khusus.

Sistem pengurusan terbabit mengawal selia sampah dari kawasan Mekah, Mina, Mudzalifah hingga ke Arafah.
"Setiap hari, kami menguruskan lebih kurang 4000 tan sampah sarah sepanjang musim haji atau 40,000 tan sepanjang 10 hari dimusim haji" ujar Timbalan Menteri Hal Ehwal Bandaraya Ibrahim Altohaimi.

Di Mina sahaja, sekitar 14.032 tan sampah dikumpul selama 4 hari dari kawasan yang berkeluasan 7.85 kilometer persegi menempatkan 4 juta jemaah haji.

Sampah-sampah yang dikumpul itu akan dibawa ke tapak pelupusan berteknologi tinggi yang dipanggil engineering landfill, berkeluasan 1.5 kilometer bertempat di luar kota Mekah.

Di tapak pelupusan terbabit, lubang akan digali pada kedalam tertentu dan didasarnya akan diletakkan lembaran geomembran.

Ibrahim turut menjelaskan bahawa sampah sarap yang ditanam ditapak terbabit akan terurai dalam masa 20 hingga 50 tahun.

Menerusi sistem terbabit, pekerja dapat memantau secara tepat kadar kebersihan tanah suci Mekah sepanjang masa. Ini kerana setiap tong sampah disediakan mempunyai sensor yang akan menghantar data ke pusat pengurusan sampah serta ke aplikasi khusus dan pekerja akan bergegas ke kawasan terbabit.

Selain mempunyai pengurusan sampah yang berteknologi tinggi dan sistematik itu, pentadbir kota Mekah juga mengadakan program pendidikan untuk masyarakat, bermula dari peringkat sekolah lagi.

Sumber: Oana News