AR Emoji Tidak Diinspirasikan Oleh Animoji Apple, Samsung

Salah satu fungsi yang ditekankan oleh Samsung semasa pembentangan peranti Galaxy S9 di MWC, Barcelona adalah AR Emoji. AR Emoji adalah fungsi yang membolehkan wajah anda ditukar ke dalam bentuk avatar atau emoji 3D dan seterusnya digunakan untuk pelbagai platform aplikasi termasuk aplikasi pemesejan.

Apple juga mempunyai fungsi sama yang digunakan dalam peranti iPhone X mereka dan secara tidak langsung telah memperlihatkan Samsung cuba meniru pesaing terdekat mereka melalui AR emoji.



 

Samsung bagaimana pun menekankan yang AR emoji bukanlah satu lagi cara peniruan kerana menurut mereka, AR Emoji telah berada dalam perancangan mereka sebelum Apple memperkenalkannya melalui iPhone X.

Ketua divisi mobil Samsung, DJ Koh memberitahu dalam satu wawancara bersama The Wall Street Journal yang kerja-kerja animasi 3D mereka telah bermula sejak tahun 2001 lagi. Mereka hanya dapat memperkenalkan emoji pada tahun kerana sebelum ini pembangunan emoji melibatkan rupa manusia mengambil masa terlalu lama.



Apple pula menyatakan yang Animoji memerlukan kamera dengan fungsi pemetaan 3D bagi membolehkan Animoji menjadi realiti sementara Samsung tidak menggunakan sensor 3D bagi AR Emoji mereka.