AppleWatch Bakal Menerima Kemaskini watchOS 3.2 Dengan Ciri Theater Mode

Apple telah memperkenalkan kemaskini sistem operasi beta watchOS 3.2. Melalui kemaskini terbaru ini Apple membawa ciri baru iaitu Theater Mode. Dengan Theater Mode ini pengguna boleh 'mute' suara Apple Watch mereka dengan mudah dan tetapan untuk mengelakan skrin hidup secara automatik semasa anda menggerakkan pergelangan tangan atau menerima notifikasi. Secara mudahnya kemaskini ini membolehkan pengguna menutup fungsi 'lift-to-wake gesture' untuk penjimatan bateri atau semasa mesyuarat.

Untitled

Pengguna masih menerima notifikasi yang masuk melalui 'haptic feedback' iaitu gegaran kecil semasa anda 'mute'. Pengguna juga boleh memulas 'watch crown' atau menyentuh skrin untuk menaikkan aras kecerahan pada paparan skrin jika mahu membaca notifikasi.

Setakat ini, beta ini tidak ditawarkan secara umum memandangkan ianya masih lagi di dalam tempoh percubaan. Sama-sama kita nantikan.