Apple Watch Series Two Diumumkan Semasa Pelancaran iPhone 7







Selepas dua tahun Apple melancarkan Apple Watch, Syarikat tersebut kini tampil dengan generasi kedua Apple Watch. Dari rupa luaran, ianya tidak banyak perubahan berbanding yang sebelumnya. Ciri tambahan yang menarik perhatian ialah ketahanan air sedalam 50 meter dan berupaya menyukat aktiviti renang. Ciri tambahan kedua ialah penambahan sokongan GPS. Apple telah memberi jaminan anda tidak perlu menunggu lama untuk penggunaan GPS seperti jam pintar yang lain.







Apple telah sepenuhnya mengubah rekaan dalaman dengan menambah prosessor dual-core yang menaikan lagi grafik dua kali ganda berbanding sebelumnya. Ianya berfungsi dengan 60 fps dengan paparan yang lebih cerah dan tajam.



Apple juga mengumumkan mereka juga menambah edisi seramik. Selain dari itu, Apple juga berkerjasama dengan Nike dan Hermes untuk edisi khas Apple Watch 2.

























Apple Watch 2 akan di lancarkan pada 16 September ini dengan harga RM 1300- RM 1500. Edisi Nike+ juga akan di jual dengan harga yang sama namun ianya hanya boleh dibeli bermula hujung Oktober ini.