Apple Watch Series 6 Dan SE Boleh Dipra-Tempah Di Malaysia Bermula 15 Oktober Ini

Pada pertengahan bulan lepas, Apple telah memperkenalkan 2 utas jam pintar terbaharu iaitu Apple Watch Series 6 dan Apple Watch SE.

Walau bagaimanapun, untuk pasaran Malaysia, ia tidak dijual secara terus sejurus pelancaran dan perlu menunggunya secara rasmi.

Pihak Switch, Machines, dan Lazada kini sama-sama telah mengesahkan bahawa kedua-dua jam ini boleh dipra-tempah untuk pembeli di Malaysia bertarikh 15 Oktober 2020 iaitu Khamis ini.

https://www.facebook.com/switch.com.my/posts/10160255642313146

Untuk harga rasmi jam, Apple Watch SE boleh dibeli bermula RM1,199 manakala Series 6 pula bermula RM1,749.

Setakat ini, tiada mana-mana kenyataan bilakah kedua-dua jam pintar ini akan dijual secara rasmi di luar pra-tempahan.

Untuk penawaran, Apple Watch Series 6 merupakan jam pintar paling terkini Apple dengan janaan cip S6 lebih berkuasa dan juga ciri pemantauan kadar oksigen dalam darah. Ia turut dilengkapi dengan ciri paparan sentiasa hidup.

harga  Kapsyen: Apple Watch Series 6


Manakala Apple Watch Se pula merupakan penawaran lebih mampu milik. Ia hadir dengan cip S5 namun skrin seumpama Series 6. Antara ciri dan fungsi yang tiada adalah paparan sentiasa hidup, ECG dan juga pemantauan kadar oksigen dalam darah.

Kapsyen: Apple Watch SE


 

Berkaitan