Apple Watch Series 5 Punyai Ciri Always On Display

Turut dipersembahkan pada acara kali ini adalah Apple Watch Series 5 yang sarat dimuatkan dengan pelbagai ciri menarik didalamnya.



Menerusi pengumuman yang dibuat, barisan Apple Watch kali ini akan mempunyai ciri always on display membolehkan pengguna mudah melihat paparan jam. Walaupun disertakan dengan ciri ini, Apple masih menjanjikan kuasa bateri yang mampu bertahan 18 jam seharian.



Selain daripada itu, dengan hanya memusingkan sedikit pergelangan tangan, paparan akan berubah mengikut aplikasi yang dibuka. Menariknya tentang model kali ini adalah ciri kompas terbina serta panggilan kecemasan antarabangsa yang boleh dilakukan tanpa memerlukan kehadiran iPhone.

https://www.youtube.com/watch?v=5bvcyIV4yzo

Ditawarkan dengan 4 jenis binaa iaitu aluminium, besi, titanium serta seramik harga jualan bermula dari RM1749 dan penawaran akan bermula pada 20 September 2019.