Turun sebanyak RM380.

Kehadiran model terbaru Apple Watch Series 5 telah membolehkan model Apple Watch terdahulu, Apple Watch Series 3 ditawarkan pada harga yang jauh lebih murah dari harga sebelum ini.

IKLAN

Jika dahulu Apple Watch Series 3 dijual pada harga RM1,299.00, tetapi kini harga jam pintar tersebut hanya berharga RM849.00 sahaja. Harga tersebut adalah bagi model Apple Watch Series 3 (GPS) bersaiz 38mm.

Manakala bagi bagi model Apple Watch Series 3 (GPS) bersaiz 42mm pula ia berharga RM999.00 (sebelum ini berharga RM1,379.00).

Apple Watch Series 3 masih ditawarkan di laman rasmi Apple Store Malaysia, tetapi hanya bagi model GPS sahaja. Atau anda masih boleh membeli model Apple Watch Series 3 (GPS+selular) dari pusat jualan bertauliah Apple di seluruh Malaysia (selagi stok masih ada).

IKLAN

Apple Watch Series 3 pertama kali diperkenalkan pada September 2017 dahulu.