Watch SE mempunyai rekaan dan paparan yang sama seperti Apple Watch Series 6, namun didatangkan dengan pemproses S5 berbanding S6 pada Apple Watch Series 6. Dengan pemproses dua teras, Apple mengatakan ianya adalah dua kali lebih pantas berbanding Series 3.
Apple Watch SE turut hadir dengan pengesanan jatuhan dan Emergency SOS untuk keselamatan pengguna. Bagaimanapun, ciri Emergency SOS hanya boleh digunakan bagi Watch SE versi selular. Juga, tiada fungsi Always-on Display yang tersedia pada Watch SE.
Sama seperti Apple Watch Series 6, Watch SE juga mempunyai sokongan ciri Family Setup, yang membolehkan penjaga menguruskan tetapan Apple Watch jagaan mereka termasuk dengan memantau mesej dan lokasi.
Apple Watch SE ditawarkan dengan dua saiz iaitu 40mm dan 44mm serta diletakkan pada harga bermula RM1,199.
Berkaitan
- realme 7 5G Bakal Dilancarkan Di Malaysia Tidak Lama Lagi
- Masalah Kamera iPhone 14 Pro Bergegar, Apple Akan Lepaskan Kemas Kini Minggu Depan
- HONOR Dedahkan Teknologi Dua Lapis Skrin OLED Pertama Dalam Industri
- Pengeluaran iPhone 11 Pro Dan Pro Max Dihentikan, iPhone 11 Kini Dijual Pada Harga Bermula RM2899
- Grab Perkenal Perjalanan Dengan Minimum Perbualan, Ini Cara Aktifkan 'Quiet Ride'
- Mengelirukan Pengguna, Langganan Twitter Blue Dihentikan Sementara
- OPPO Find X3 Pro Dijangka Hadir Dengan Panel 120Hz, 50MP Kamera Dan Cip Snapdragon 888
- Xiaomi Dilapor Mahu Hasilkan Telefon Boleh Lipat Kompak
- Peralihan Pengguna iPhone Ke iOS 16 Kini Mencapai 81%
- Pixel 7a Dilancarkan Dengan Naik Taraf Sistem Kamera