Apple Watch Mungkin Dapat Lakukan Electrocardiograms (ECG) Selepas Ini

Food & Drug Administration (FDA) telah meluluskan satu aksesori untuk Apple Watch yang membolehkan bacaan ECG dilakukan terhadap pengguna. Aksesori tersebut telah dibuat oleh AliveCor dan bertindak sebagai pengesan terhadap rentak jantung yang tidak normal dan sekata.

KardialBand merupakan sebuah sensor yang boleh digabungkan sekali dengan Apple Watch dan mendapatkan bacaan ECG untuk 30 saat. Perkakasan ini berfungsi bersama-sama dengan aplikasi telefon pintar yang dibuat sepenuhnya oleh AliveCor.



Apa itu ECG?

Electrocardiography atau ECG ialah proses merekodkan aktiviti elektrik di dalam jantung dalam satu tempoh masa. ECG sering digunakan oleh doktor untuk mengesan simptom-simptom berkenaan jantung seperti rentak jantung tidak sekata yang boleh mengakibatkan strok dan kegagalan fungsi organ.

Kapsyen: Contoh isyarat ECG


KardialBand menggunakan teknologi A.I dan dapat membantu pesakit jantung bagi memantau aktiviti jantung mereka termasuk merekodkan data ECG dan boleh dihantar ke doktor anda melalui email.

https://youtu.be/_VIc9VE6VO4

KardialBand berharga RM 800 dan memerlukan langganan kepada service premium AliveCor dengan kos RM 402.138 setahun.

Sumber