Apple Watch Merupakan Jam Pintar Paling Popular Untuk Suku Pertama 2020

Melalui kajian yang disiarkan oleh Strategy Analytics, pada suku pertama 2020 ini, jumlah jualan jam pintar untuk pasaran global telah meningkat sebanyak 20% berbanding tahun sebelumnya.

Dengan itu, Apple Watch kekal di posisi pertama dengan perkongsian pasaran 55%, manakala Samsung di tempat kedua (13.9%), dan Garmin di tempat ketiga (8%).



Walaupun wabak Covid-19 ini jelas mengancam pasaran pada suku pertama tahun ini, ia jelas tidak memberikan kesan terhadap pasaran jam pintar. Ini adalah kerana jam pintar banyak dijual secara atas talian, dan pengguna mahu memantau kesihatan melalui jam ketika dikuarantin.

Namun begitu, statistik jualan ini dijangka menurun untuk suku kedua tahun ini disebabkan kemelesetan ekonomi tahap global.

Sumber: Strategy Analytics