Apple Watch Mengungguli Takhta Jam Pintar Pada 2016

Sebuah laporan yang dikeluarkan oleh firma penyelidikan, Canalys mendakwa Apple  memegang saham pasaran sebanyak 49% pasaran jam pintar, hampir separuh untuk tahun 2016. Menurut dari laporan yang dikeluarkan, Fitbit dan Samsung masing-masing berada di tempat ke dua dan ke tiga. Fitbit dengan angka 17% manakala Samsung pula 15%.

gsmarena_001

Jika dilihat dari laporan penuh yang dibuat oleh Canalys, suku ke-4 merupakan fasa yang terbaik dicatatkan oleh Apple Watch setakat ini dengan penjualan sebanyak 9 juta unit jam pintar ke seluruh dunia menjadikannya jumlah keseluruhan 11.9 juta unit pada 2016. Ini juga menunjukkan peningkatan sebanyak 12% daripada tahun sebelumnya.

Apple Watch menjana pendapatan sebanyak US$2.6 billion pada suku ke-4 2016 yang membentuk hampir 80% daripada jumlah hasil penjualan untuk industri jam pintar. Walaubagaimanapun, Apple Watch bakal menerima saingan yang sengit pada tahun hadapan dengan pelancaran Android Wear 2.0.

Xiaomi juga berjaya merekodkan penjualan yang memberangsangkan pada suku ke-4 dengan penjualan Mi Bands yang mencecah 5.5 juta unit. Samsung yang baru sahaja melancarkan Gear S3 dan Frontier akan mula hadir pada suku pertama 2017.
Sumber: Canalys