Jika dilihat dari laporan penuh yang dibuat oleh Canalys, suku ke-4 merupakan fasa yang terbaik dicatatkan oleh Apple Watch setakat ini dengan penjualan sebanyak 9 juta unit jam pintar ke seluruh dunia menjadikannya jumlah keseluruhan 11.9 juta unit pada 2016. Ini juga menunjukkan peningkatan sebanyak 12% daripada tahun sebelumnya.
Apple Watch menjana pendapatan sebanyak US$2.6 billion pada suku ke-4 2016 yang membentuk hampir 80% daripada jumlah hasil penjualan untuk industri jam pintar. Walaubagaimanapun, Apple Watch bakal menerima saingan yang sengit pada tahun hadapan dengan pelancaran Android Wear 2.0.
Xiaomi juga berjaya merekodkan penjualan yang memberangsangkan pada suku ke-4 dengan penjualan Mi Bands yang mencecah 5.5 juta unit. Samsung yang baru sahaja melancarkan Gear S3 dan Frontier akan mula hadir pada suku pertama 2017.
Sumber: Canalys
Berkaitan
- Google Jadikan Chrome 15% Lebih Pantas Untuk Windows
- Xiaomi Umum Kehadiran Model Mi 8 Pro & Mi 8 Lite Bagi Pasaran Tempatan
- Industri Kereta Sewa Konvensional Mungkin Tidak Bertahan Lama
- Yi Tampil Bersederhana Dengan Kamera Yi M1
- Google Akan Datang Bersama Wi-Fi Assistant Untuk Penguna Nexus
- HTC U Ultra Dibina Dengan Snapdragon 821 Dan Tanpa Headphone Jack
- Samsung S10 Dilapor Akan Dilengkapi Mod Tangkapan Malam "Bright Night"
- Penjualan Peranti Apple di China Semakin Suram
- RealMe 2 Pro, Pesaing Baru Untuk Kelas Pertengahan
- Samsung Galaxy S10 Didakwa Bakal Terima Dua Fungsi Menarik Menerusi Kemaskini