Apple Watch Akan Mula Guna Paparan MicroLED Yang Lebih Jimat Tenaga Beberapa Tahun Lagi

Apple Watch merupakan penawaran jam pintar premium dari Apple. Buat masa ini ia hanya menggunakan paparan jenis OLED.

Namun, dalam masa beberapa tahun lagi, Apple akan mula menggunakan teknologi MicroLED pula untuk menggantikan OLED.

Kapsyen: Apple Watch dengan paparan OLED


Ia dikatakan bakal digunakan untuk Apple Watch siri ke-7 iaitu model untuk tahun hadapan.

Dilaporkan Apple telah melabur sekitar 330 USD dalam pembangunan microLED yang turut akan digunakan dalam produk lain seperti iPhone, iPad dan juga MacBook.

Kapsyen: MicroLED berbanding LED biasa


Dengan menggunakan microLED, secara ringkasnya paparan akan menjadi lebih terang, warna dan juga julat dinamik lebih tinggi.

Pada masa ini, kos pembuatan teknologi ini masih lagi tinggi dan berada dalam fasa awal pembangunan.

Sumber: Macrumors