Apple Watch 3 Dalam Fasa Terakhir Ujian Menjelang Pelancaran

Apple Watch mengalami beberapa perubahan setelah mula diperkenalkan kepada pasaran 2 tahun lalu. Edisi pertama menyaksikan antara muka yang tidak menarik dah prestasi yang kurang memuaskan tidak seperti yang diharapkan.

Apple cuba membaiki semua masalah yang timbul dengan Apple Watch Series 2 dengan pemprosesan yang lebih berkuasa, antara muka yang lebih mesra pengguna dan fungsi GPS.

Kini tiba pula untuk edisi ke 3 dan menurut berita dari Economic Daily News, generasi baru Apple Watch itu sedang dalam fasa terakhir ujian sebelum fasa pengeluaran besar-besaran dapat dijalankan.

Jika segalanya berjalan lancar, produk ini akan dilancarkan sekali dengan iPhone terbaru Apple pada bulan september ini.

Walaupun Apple tidak pernah mengeluarkan sebarang angka rasmi untuk jualan Apple Watch, anggaran sebanyak 30 juta unit sudah terjual sejak 2 tahun lalu.

Sumber