Apple Umumkan Mac Mini & MacBook Air Terbaru Dengan Beberapa Peningkatan Dari Model Terdahulu

Acara iPad Pro telah berlangsung hari ini di New York dan Apple telah menyegarkan siri Mac Mini mereka dan beberapa peningkatan dari segi spesifikasi untuk peranti Mac Mini dan juga MacBook Air mereka.

Mac Mini



Model Mac Mini yang kali terakhir membuat penampilan pada tahun 2014 telah dinaik taraf terutamanya dari segi cip pemprosesan yang kini menggunakan cip pemprosesan Intel® Core™ generasi ke-8 dan sekurang-kurangnya datang dengan 4 teras dan boleh dinaik taraf sehingga 6 teras. Sokongan memori RAM juga mendapat sentuhan baharu dengan 8GB dan boleh ditingkatkan kepada 64GB. Sokongan untuk SSD pula adalah 128GB dari jenis PCIe dan boleh ditingkatkan kepada 2TB.



Apple memperkenalkan ruang pengudarang yang baharu dan cip sekuriti T2 bagi tujuan-tujuan keselamatan. Untuk port I/O pula, Apple menyertakan satu Ethernet Gigabit, 4 port Thunderbolt 3 USB-C, satu port HDMI, 2 port USB-A dan satu port ethernet 10GB.

Untuk kesemua spesifikasi di atas, Apple berjaya mengekalkan dimensi asal Mac Mini yang kini menggunakan 100% bahan aluminium yang dikitar semula; menguatkan komitment Apple untuk mengurangkan pencemaran alam sekitar melalui penghasilan produk mereka.



Mac Mini dijual dengan harga bermula (RM 3,449.00) dan sudah boleh di pra-tempah di laman sesawang Apple seuruh dunia. Ia akan dijual di kedai rasmi Apple bermula pada 7 November ini.

MacBook Air



Tidak ketinggalan adalah produk MacBook Air setelah bertiup kencang mengenai naik taraf yang Apple akan lakukan untuk peranti komputer riba mereka selepas MacBook Pro.

Paling ketara adalah skrin paparanya kerana Apple menyertakan Retina display untuk MacBook Air mereka kali ini. Paparan bersaiz 13.3 inci tersebut turut menampilkan bingkai yang lebih nipis.



MacBook Air dipacu dengan cip Intel® Core i5 generasi ke-8 (1.6 GHz-3.6GHz) dan memori RAM 8GB dan boleh ditingkatkan kepada 16GB. Ruang storan SSD pula adalah dari jenis PCIe dan bermula dari 128GB dan boleh ditingkatkan sehingga 1.5TB.



Papan kekunci Butterfly MacBook Air ini juga mempunyai lampu latar dan kerangka peranti ini turut menggunakan bahan aluminium yang 100% datang dari bahan kitar semula.

MacBook Air 2018 sudah boleh di pra-tempah dan harga bermula dari RM 4,142.00 untuk model bukan Retina display sehingga RM 6,099.00 untuk model tertinggi.

Mac Mini dan MacBook Air akan menggunakan sistem operasi Mojave OS yang terbaru.