Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Apple Umum ‘Liquid Glass’ – Rekaan Baharu Seragam Merentas Semua Platform Apple

Posted on Jun 10, 2025Jun 10, 2025

Apple hari ini mengumumkan perubahan besar pada rekaan antara muka (UI) semua sistem operasinya menerusi satu pendekatan baharu yang dinamakan ‘Liquid Glass’.

Diperkenalkan serentak untuk iOS, iPadOS, macOS, watchOS, tvOS dan visionOS, Liquid Glass menjadi ‘bahasa’ rekaan universal pertama yang menyatukan pengalaman visual merentas semua platform Apple.

Diinspirasikan daripada visionOS

Seperti ura-ura sebelum ini, Liquid Glass diinspirasikan daripada visionOS, sistem operasi yang digunakan dalam set kepala Apple Vision Pro.

Ia kini diterapkan sepenuhnya dalam sistem, dengan sudut-sudut ikon dan elemen UI yang lebih membulat, direka sepadan dengan skrin peranti Apple yang kini lebih melengkung.

https://wiserspace.sgp1.digitaloceanspaces.com/wp-content/uploads/2025/06/10014115/Apple-WWDC25-Liquid-Glass-details-250609.mp4

Reka bentuk ini bukan sahaja kelihatan moden, malah berinteraksi seperti kaca sebenar. Ia boleh berubah bentuk apabila pengguna beralih pandangan atau memerlukan lebih banyak pilihan, dan melengkapi mod cerah serta mod gelap sedia ada.

Asas Untuk Masa Depan

Apple menyatakan bahawa Liquid Glass bukan sekadar perubahan kosmetik, tetapi bakal menjadi asas rekaan yang akan digunakan untuk tahun-tahun akan datang.

{suggest}

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress