Ia merupakan naik taraf pertama bagi iPad Mini sejak diperkenalkan pada 2015 dan kini peranti ini turut diberikan sokongan iPad Pencil.
Dari segi saiz paparan, iPad Mini hadir dengan Retina Display 7.9 inci dengan resolusi 1048 x 1536p yang menyokong teknologi True Tone dan DCI-P3.
Bagi iPad Air pula, ia didatangkan dengan Retina Display bersaiz 10.5 inci dengan resolusi 2224 x 1668. Spesifikasi lain bagi kedua-dua tablet ini hampir sama iaitu sokongan Apple Pencil, kamera belakang 8MP (f/2.4), kamera depan 7MP tetapi tidak mempunyai ciri Face ID. Sistem nyahkunci skrin menggunakan Touch ID.
Selain itu, ia juga menyokong kad SIM nano, ciri e-SIM, sambungan WiFi 802.11 ac, selular, Bluetooth 5.0, GPS dan storan antara 64GB dan 256GB.
Ditawarkan dengan warna Silver, Space Gray dan Gold, harga jualan untuk iPad Air adalah RM 2199 untuk (WiFi), RM2749 (WiFi+Selular).
Model iPad Mini pula diletakkan dengan nilai jualan RM 1699 (WiFi) dan RM 2249 (WiFi + Selular).
Berkaitan
- Xiaomi Perkenal "Kembar" Apple Watch Pada Harga Lebih Murah
- Fanskick - Aplikasi Khusus Untuk Peminat Bola Sepak Tanah Air
- Khabar Angin - Pengeluaran Samsung S8 Mini Mungkin Dibatalkan Atas Alasan Masalah Pengeluaran Skrin Paparan
- OpenSignal - Pengguna Peranti Samsung Rasai Muat Turun Lebih Laju Berbanding Huawei Dan Apple
- Snapdragon 675 Muncul Di GeekBench, Prestasi Yang Ditunjukkan Lebih Baik Daripada Snapdragon 710
- AirAsia Esports Center - Esport Mall Pertama Di Asia Tenggara Bertempat Di Klang
- Apple Watch Boleh Rakam Gambar Dengan Wristcam
- Apple Rugi Berbilion Dolar Disebabkan Penipuan Waranti
- Diskaun RM500 Bagi Pelajar Untuk Pembelian MacBook Air Di Machines
- Apple Patenkan Sistem Kamera Baru Untuk iPhone