Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple TV+

Apple TV+ Berada Pada Kedudukan Terendah Dalam Industri Penstriman Video

Diterbitkan Januari 25, 2021 oleh Amsyar Latif

Penggunaan perkhidmatan laman penstriman video mula diterima orang ramai sejak kebelakangan ini dan pada masa kini juga pilihan perkhidmatan lebih banyak.

Namun, berdasarkan tinjauan yang dilakukan J.D Power, pengguna lebih gemar untuk melanggan Netflix dimana sebanyak 85% daripada responden menggunakan Netflix berbanding hanya 14% sahaja yang melanggan Apple TV+.

Tambahan lagi, kajian yang dilakukan MoffetNathan juga menyatakan bahawa sebanyak 62% pelanggan Apple TV+ menggunakan akaun percubaan dan kebanyakannya tidak mahu meneruskan langganan selepas tempoh percubaan tamat.

netflix 4k hdr mac

Selain Netflix, antara lima perkhidmatan lain yang menjadi pilihan adalah Amazon Prime Video, Hulu, Disney+ dan HBO Max. Malah, Peacock yang dimiliki NBC juga lebih tinggi berbanding Apple TV+.

Bukan itu sahaja, kajian yang dilakukan JustWatch turut melaporkan perkara yang sama dimana Netflix berada pada kedudukan teratas manakala Apple TV+ masih tidak diminati.

Walaupun pengguna iPhone boleh dikatakan ramai tetapi pengguna mereka sendiri tidak berminat terhadap Apple TV+. Ini mungkin disebabkan kurangnya kandungan pada Apple TV+.

Sumber: Apple Insider

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
©2026 WISER.MY