"Apple Tiru Kami"- Microsoft

Sekali lagi Apple dikaitkan dengan isu meniru rekaan dari pesaing mereka.

IPad Pro 2 yang telah dilancarkan pada awal bulan dikatakan meniru idea peranti 2-dalam-1 dari Microsoft, Surface.

Apabila anda melihat tablet yang boleh bertukar menjadi laptop, pastinya anda akan terfikir tentang Surface, betul?
" Kami telah mengkaji serta menyempurnakan produk 2-dalam-1 selama beberapa tahun, dan pada awal pelancaran Surface, semua orang seperti ragu-ragu termasuk mereka (Apple). Dan kemudian mereka mengikut, iPad Pro adalah contoh jelas." ujar Pengurus Besar Microsoft Surface, Ryan Gavin.

Gavin turut menegaskan, apa yang menjadikan Surface terbaik adalah ia tidak meniru mana-mana produk Apple.
"Fikirkanlah, jika kita mengikut mereka (meniru Apple), kami tidak akan membuat produk seperti Surface Pro atau Surface Book".

Kapsyen: iPad Pro 2


 

Kapsyen: Surface 5 Pro


Pada bulan April 2012 Ketua Pegawai Eksekutif Apple Tim Cook, menjawab kepada persoalan penyelidik Anthony Sacconaghi tentang kebarangkalian iPad dan MacBook digabungkan menjadi 2-dalam-1 (hibrid), beliau mengibaratkan ia seperti gabungan "pembakar roti dan peti sejuk", gabungan yang "tidak memudahkan sesiapa".

Sumber: Cnet, Wikipedia