Apple Tidak Lagi Menawarkan Model iPhone 7, iPhone XS dan XS Max Di laman Apple Store

Hanya model iPhone 8, iPhone XR dan model terbaru sahaja ditawarkan.


Seperti dijangka, Apple hari ini memperkenalkan barisan model terbaru iPhone yang terdiri daripada 3 model iaitu iPhone 11, iPhone 11 Pro dan iPhone 11 Pro Max.

Kehadiran model terbaru iPhone ini juga menandakan Apple akan menamatkan model iphone terdahulu. Cuma sedikit memeranjatkan di mana Apple masih lagi menawarkan model iPhone XR tetapi memberhentikan jualan iPhone XS dan XS Max.

Model iPhone 7 ditamatkan jualannya tidaklah begitu menghairankan kerana ia adalah model yang sudah agak lama.

Ini mungkin kerana model iPhone XR merupakan model iPhone yang lebih tinggi jualannya berbanding model iPhone XS dan XS Max.

Malah dalam acara pada awal pagi tadi juga Tim Cook menguar-uarkan bahawa iPhone XR sebagai model yang paling laris jualannya di seluruh dunia.

Mungkin sebab itulah mereka masih meneruskan julan iPhone XR dan menamatkan jualan iPhone XS dan XS Max yang didapati kurang memberangsangkan.

Berbalik kepada 2 model iPhone terdahulu yang ditawarkan di Apple Store Malaysia, harga iPhone 8 kini hanya berharga dari RM2,199 (sebelum ini berharga dari RM2,899.00).

Manakala bagi model iPhone XR pula kini berharga dari RM2,899.00 (sebelum ini ia berharga dari RM3,599.00).