Beberapa hari lepas, terdapat sebuah video yang di muat naik di Youtube oleh seorang pengulas teknologi JerryRigEverything mengenai lensa kamera yang digunakan pada iPhone. Video itu menimbulkan tanda tanya penonton samada Apple menggunakan sapphire crystal yang asli ataupun tidak.
Sejak pelancaran iPhone 5s pada 2013, syarikat pengeluar telefon pintar terbabit mengakui mereka menggunakan bahan yang dihasilkan secara sintetik dikenali sebagai sapphire crystal yang sangat keras dan amat payah untuk dicalarkan.
Tetapi video yang dimuat naik itu menunjukkan yang sebaliknya dimana lensa kamera iPhone sangat mudah calar. JerryRigEverything berpendapat Apple mungkin menggunakan lapisan sapphire crystal murah yang diletakkan di atas kaca lensa.
Walaupunbegitu hal ini bukanlah perkara yang besar untuk kamera iPhone, tetapi yang menjadi persoalan adalah jenis sapphire crystal yang bakal digunakan pada Apple Watch Stainless Steel. Apple dikatakan akan menggunakan sapphire pada jam tangan pintar mereka. Ramai yang tertanya-tanya mampukah jam tangan pintar itu bertahan kerana ia lebih terdedah dengan geseran.
Sumber: Mashable Asia
Berkaitan
- Samsung Perkenal Sensor Imej Terkecil, Disasarkan Untuk Peranti Pertengahan
- Internet Heboh Apabila Kelibat UFO Terlihat Dalam Rakaman Letupan SpaceX
- Pra-Tempah Huawei Mate 10 Pro Akan Bermula 16 November Ini, Dijual Pada Harga RM3099
- Pixel 4a Mungkin Tiada Versi XL
- Sony Dikatakan Memfailkan Paten Telefon Dengan Skrin Telus Yang Boleh Dilipat
- iPhone XS Max Dapat 105 Markah DxOMark, Tapi Belum Mampu Tewaskan Huawei P20 Pro
- MediaTek Umum Cip Helio A22 Bagi Segmen Bajet
- Apple Umum iPad Air Dan iPad Mini Dikuasakan Dengan Cip A12 Bionic
- Ford Hasilkan Bahagian Pada Kereta Lumba Menggunakan Teknologi Pencetak 3D
- TV Daripada HONOR Bakal Dilengkapi Dengan Kamera Terangkat