Apple Tidak Bertanggungjawab Atas Kejadian Headphone Beats Meletup

Kejadian barangan elektronik yang meletup atau terbakar merupakan topik panas sejak beberapa bulan yang lepas.

Kejadian seperti Samsung Note 7 dan hoverboard yang terbakar mengingatkan orang ramai tentang bahaya yang menanti semasa menggunakan barangan elektronik.

Untuk Apple terlibat dengan kejadian seperti ini adalah satu publisiti buruk bagi mereka.

Di dalam kes di mana satu headphone Beats milik seorang perempuan yang meletup di dalam penerbangan, Apple seolah-olah mahu lari dari terlibat dengan kejadian ini.

Penumpang wanita itu yang terlibat dalam penerbangan dari Beijing ke Melbourne awal tahun ini telah terlibat dengan kemalangan di mana headphone Beats miliknya meletup semasa dia sedang tidur.

Dia yang terbangun selepas dikejutkan dengan bunyi letupan dan rasa terbakar di kawasan mukanya.

Model Beats yang terlibat dikatakan menggunakan bateri AAA yang tidak disertakan sekali dengan headphone itu.

Apple membuat siasatan dan mengatakan yang bateri pihak ketiga yang menjadi punca kemalangan tersebut.

Mangsa yang terlibat berkata pihak Apple patut sama dipersalahkan kerana tidak terdapat arahan dari kotak headphone itu yang menegaskan bahawa hanya sesetengah jenis bateri yang patut digunakan untuk produk mereka.

Kejadian menyalahkan pihak pengeluar merupakan perkara biasa jika berlaku kejadian seperti ini namun pihak Apple seolah-olah cuba untuk tidak mahu mengakui kelemahan mereka.

Mungkin mangsa patut membawa kes ini ke mahkamah pengguna untuk mendapat ganti rugi yang sepatutnya.

Sumber