Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
HomePod Ori

Apple Tidak Akan Lagi Mengeluarkan HomePod

Diterbitkan Mac 15, 2021 · Dikemas kini Mac 15, 2021 oleh Amsyar Latif

Apple baru-baru ini telah mengesahkan untuk menamatkan pengeluaran HomePod. Namun, segala kemas kini sistem perisian dan perkhidmatan masih lagi boleh dilakukan pemilik.

Imbas kembali, HomePod adalah sebuah sistem pembesar suara pintar yang dikeluarkan pada tahun 2018 dan dijual dengan harga US$349 (~RM1434).

Walaupun Apple telah mengurangkan harga jualannya selepas itu, ia masih tidak mampu meyakinkan pengguna untuk membelinya. Ini disebabkan masih ada peranti alternatif yang jauh lebih murah.

Meskipun begitu, pengeluaran HomePod mini yang dilancarkan tahun lalu masih lagi diteruskan. Malah, keupayaannya lebih baik serta tanda harga yang mampu milik.

homepod mini
HomePod Mini

Walau bagaimanapun, peranti ini sangat terhad di beberapa negara sahaja dan masih belum ditawarkan buat peminat tempatan di Malaysia.

Sekiranya anda peminat peranti Apple, adakah anda mahukan HomePod mini bagi melengkapkan ekosistem Apple? Atau lebih baik anda memilih pembesar suara dan soundbars yang berkualiti?

Sumber: Techcrunch

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
  • (Ulasan) Nothing Phone (4b): Bukan Telefon Yang Teruk, Cuma Pesaing Lebih Menarik
  • Google Perkenal Gemini 4 Carbon, Model AI Frontier Dengan Fokus Keselamatan Siber
  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
©2026 WISER.MY