Apple Tangguhkan Fungsi FaceTime Berkumpulan Pada iOS 12

Apple dijadualkan akan melancarkan sistem iOS 12 bagi peranti mudah alih mereka pada September ini. Namun, agak mengecewakan apabila fungsi FaceTime Berkumpulan-nya tidak akan hadir bersama kemaskini kali pertama bagi sistem tersebut.

Menurut laporan 9to5Mac, selain iOS 12, pelancaran fungsi itu untuk sistem macOS Mojave juga akan ditangguhkan. Kedua-duanya cuma akan menerima fungsi tersebut pada kemaskini selanjutnya bagi sistem yang terlibat.

Kredit : iPhone in Canada


FaceTime Berkumpulan ini adalah salah satu fungsi baru yang telah diperkenalkan semasa acara tahunan Apple, Worldwide Developers Conference yang berlangsung pada Jun lepas.

Sekiranya diperkenalkan kelak, fungsi ini akan membenarkan panggilan video FaceTime disertai oleh 32 orang secara serentak. Ia juga akan menyokong fungsi Animoji Apple.

Tarikh tepat berkaitan pelancaran fungsi ini masih belum diketahui, tetapi pengguna peranti Apple seperti iPhone sudah pasti tidak mahu ia ditangguhkan terlalu lama.

 

Sumber