Apple Tampil Dengan Kemaskini iOS 10.2 Awal Pagi Ini

Pada November yang lepas, Apple memulakan percubaan beta terhadap iOS 10.2 dan hari ini, setelah sebulan lamanya, ianya telah diketengahkan oleh Apple kepada semua peranti Apple. Jadi, kepada pengguna Apple, anda boleh mengemaskini perisian iOS anda sekarang. Anda juga boleh memuat turun kemaskini melalui iTunes. iOS 10.2 memperkenalkan lebih 100 emoji Unicode 9.0 dan wallpaper baru. Efek skrin di dalam iMessage juga berlainan.

19347-19625-image-5-l-1

Kemaskini yang hadir awal pagi hari ini juga membawa kelebihan terhadap platform HomeKit. Melalui aplikasi ini, pengguna boleh menerima notifikasi untuk setiap sambungan peranti lain di rumah. Jika anda menggunakan peranti pintar lain di rumah seperti pintu sikuriti, sensor tingkap, kipas, penyejuk udara dan sebagainya, anda boleh mengawal setiap peranti di rumah dengan hanya menggunakan iPhone anda. Kiranya iPhone anda dijadikan alat kawalan jauh.

 

ios-10-2

Tetapan kamera juga tidak perlu 'reset' semula apabila anda melancarkan semula aplikasi kamera. Anda juga bakal menerima widget video tambahan. Live photo juga lebih stabil dan lancar. Selain daripada itu, aplikasi News juga menerima penambahbaikkan dimana terdapat fungsi 'Saved'. Anda boleh kembali ke setiap berita yang anda simpan untuk dibaca kelak, Anda juga boleh swipe ke kiri atau tap Next Story semasa membaca untuk berita seterusnya. Ianya seakan-akan membaca surat khabar.

Apa pandangan anda tentang kemaskini terbaru IOS 10.2 ini?