Kemaskini yang hadir awal pagi hari ini juga membawa kelebihan terhadap platform HomeKit. Melalui aplikasi ini, pengguna boleh menerima notifikasi untuk setiap sambungan peranti lain di rumah. Jika anda menggunakan peranti pintar lain di rumah seperti pintu sikuriti, sensor tingkap, kipas, penyejuk udara dan sebagainya, anda boleh mengawal setiap peranti di rumah dengan hanya menggunakan iPhone anda. Kiranya iPhone anda dijadikan alat kawalan jauh.
Tetapan kamera juga tidak perlu 'reset' semula apabila anda melancarkan semula aplikasi kamera. Anda juga bakal menerima widget video tambahan. Live photo juga lebih stabil dan lancar. Selain daripada itu, aplikasi News juga menerima penambahbaikkan dimana terdapat fungsi 'Saved'. Anda boleh kembali ke setiap berita yang anda simpan untuk dibaca kelak, Anda juga boleh swipe ke kiri atau tap Next Story semasa membaca untuk berita seterusnya. Ianya seakan-akan membaca surat khabar.
Apa pandangan anda tentang kemaskini terbaru IOS 10.2 ini?
Berkaitan
- Ulasan Honor 10 - Adakah Ini 'Flagship Killer' Untuk Tahun Ini
- CES 2017: Nokia 6 - Telefon Pintar Android Pertama Dari Nokia
- Instagram Menambah Beberapa Fungsi Yang Pasti Akan Menceriakan Hidup Anda
- Terangi Sisi Gelap Anda Dengan Huawei P30 Pro, Hidup Lebih Cerah
- Apa Sudah Jadi Dengan Friendster?
- Super Mario Run Hadir Untuk Peranti Android Mac Ini
- Apple Memperkenalkan Kemaskini iOS 10.3 dan WatchOS 3.2
- Filem 'Time Travel' Ikonik Yang Anda Wajib Tonton
- 6 Telefon Pintar Berkuasa Tinggi Dengan Harga Termurah 2018(Setakat Ini)
- Wira Baru Dari Malaysia Bakal Hadir Ke Permainan Mobile Legends : Bang Bang