Apple Tamatkan Pengeluaran Model iPhone 8 Dan iPhone 8 Plus

Setelah sekian lama khabar angin mengenai iPhone SE 2020 bertiup, ia kini sudahpun diumumkan secara rasminya. Bakal dijual dengan harga permulaan RM1999, ia sudah boleh menggantikan terus iPhone 8 kerana rekaan serupa tetapi spesifikasi lebih baik.

iphone se, iphone 8

Oleh disebabkan itu, jenama yang berpengkalan di Cupertino itu tidak lagi menawarkan model iPhone 8 bermula hari ini. Selain itu, sebuah lagi model iaitu iPhone 8 Plus turut dihentikan tetapi difahamkan pengedar sah masih boleh menawarkannya.

https://www.youtube.com/watch?v=egYN1IiPyDk

Terdapat juga perkhabaran bahawa Apple mungkin membangunkan iPhone SE Plus dan sekiranya ia benar, ia sekaligus menjadi pengganti kepada iPhone 8 Plus.

Sumber: Macrumours