Apple Sudah Ganti 11 Juta Bateri iPhone Sepanjang Tahun 2018

Tahun lalu pengguna iPhone berpeluang mendapatkan bateri baru untuk iPhone pada harga yang lebih murah melalui program penukaran bateri.

Menggarap laporan Cnet, sebanyak 11 juta bateri telah ditukar sepanjang program tukaran itu berlangsung.

Pada tahun-tahun sebelumnya, gantian bateri hanya sekitar 1-2 juta sahaja.

Program penukaran bateri itu diadakan ekoran daripada isu Apple sengaja memperlahankan iPhone model lama yang dikatakan untuk mencegah peranti dari terpadam secara tiba-tiba berkaitan dengan bateri lama.

Sumber: Cnet