Apple cuba menguasai pasaran telefon pintar kedua terbesar di dunia.
Apple dilaporkan akan membuka stor rasmi pertama mereka di India pada tahun hadapan dalam memnyediakan bukan sahaja pusat jualan produk tetapi juga servis yang lebih baik kepada para pengguna produk mereka di negara tersebut.
Bukan setakat itu sahaja, India yang merupakan pasaran kedua tertinggi di dunia bagi telefon pintar turut dilihat sebagai usaha Apple bagi mengembangkan lagi produk popular mereka, iPhone pada para pengguna di India.
Malah kehadiran model terabru iPhone 11 di India telah mendapat sambutan hangat di mana para pengguna dilihat beratur bagi mendapatkan iPhone tersebut. menurut laporan oleh pihak media tempatan di sana.
Lokasi yang dipilih Apple bagi stor mereka dikatakan akan terletak di dalam pusat perniagaan dan beli belah Mumbai Maker Maxity Mall, Bandra Kurla, Mumbai, India.
Kerja-kerja menyiapkan Apple Store pertama India itu dilaporkan sudah pun bermula yang mana Apple mengambil sebanyak 3 tingkat ruang di kompleks beli belah tersebut dengan menjadikan jumlah keluasan keseluruhan antara 20,000 hingga 25,000 kaki persegi.
Pembukaan Apple Store itu dijangka akan dibuka dalam bulan September 2020.
Sumber: Business Today
Berkaitan
- Stadia Dan xCloud Tidak Akan Ditawarkan Untuk Peranti Apple Selamanya
- Apple Dilaporkan Melarang Pembekal Mereka Label "Made in Taiwan" Pada Produk
- Apple Kekal Popular Sebagai Jenama Komputer Paling Disukai Pengguna A.S
- Apple Semakin Kehilangan Ramai Pengguna Setia iPhone Mereka
- Singapura Bakal Miliki Apple Store Kedua Tidak Lama Lagi
- Play Store Jadi Persembunyian Perisian Hasad Baru Ini Untuk Curi Duit Mangsa
- iOS 13 Dan watchOS 6 Sudah Mula Ditawarkan Kepada Pengguna iPhone dan Apple Watch
- Penghantaran Komputer Apple Di Seluruh Dunia Terus Menurun Bagi Suku Pertama Tahun 2019
- Apple 1, Komputer Keluaran Pertama Apple Telah Dijual Pada Harga Hampir RM2 Juta
- Kemas Kini Terbaru Bagi Pengguna Mac, Apple Watch Dan Apple TV