Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple Silicon Mungkin Akan Menyebabkan Barisan Mac Dengan Kos Rendah

Apple Silicon Mungkin Akan Menyebabkan Barisan Mac Dengan Kos Rendah

Diterbitkan November 10, 2020 oleh Amsyar Latif

Apple boleh dikatakan berjaya dalam barisan komputer mereka termasuk desktop dan komputer riba. Namun, ia tetap tidak dapat tandingi komputer Windows disebabkan harga yang premium.

Situasi ini mungkin akan berubah kerana Apple kini sudah beralih kepada Apple Silicon – cip pemproses sendiri berasaskan pemproses ARM.

Ini bermakna, harga bagi barisan Mac juga kemungkinan akan turun dan akan meningkatkan bahagian pasaran syarikat Apple.

3 Model MacBook Dengan Apple Silicon Dijangka Akan Diumumkan Pada 10 November Ini

Apple sebelum ini menggunakan cip pemproses daripada Intel yang harganya sudah tersedia mahal. Akan tetapi, ada laporan mengatakan ia akan turun sebanyak $200 (~RM825).

Menurut penganalisis Samik Chatterjee melalui Apple Insider, Apple memiliki peluang pasaran sekitar $15 bilion untuk produk Mac.

Tambahnya, penggunaan cip pemproses sendiri juga menyebabkan pengurangan kos BOM sekitar $75 dengan rakan pengasas seperti Taiwan Semiconductor Manufacturing Company (TSMC).

Apple Umum Acara Khas Pada 10 November Ini – Dijangka Perkenal MacBook Dengan Apple Silicon

Dalam beberapa jam sahaja lagi Apple akan adakan acaranya yang terakhir untuk tahun ini pada 11 November 2020, 2 pagi (waktu Malaysia). Sama-sama kita nantikan produk baharu ini.

Sumber: Apple Insider

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY