Apple Sekali Lagi Tewas Saman Terhadap Swatch, Kali Ini Berkaitan Penggunaan Eksklusif Slogan 'One More Thing' Pula

Ini adalah kali kedua Apple kalah saman terhadap Swatch berkaitan penggunaan slogan untuk tanda dagangan mereka.


Sebelum ini, Apple pernah menyaman pengeluar jam tangan Swatch berkaitan penggunaan slogan pemasaran "Tick Different" pada 2017 dahulu.

Keputusannya telah pun diketahui baru-baru ini yang mana ia telah dimenangi oleh pihak Swatch. Berita buruk Apple tidak berhenti setakat itu sahaja.

Ini kerana Swatch sekali lagi telah memenangi saman berkaitan penggunaan slogan "one more thing" pula yang telah difailkan oleh Apple sebelum ini di Australia.

Ia sepertimana yang dilaporkan oleh The Sydney Morning Herald hari ini.

Apple sebelum ini telah berhujah dengan pihak Australian Trade Marks Office bahawa Swatch hendaklah tidak dibenarkan untuk menggunakan frasa "one more thing" kerana ia adalah sinonim dengan Steve Jobs.

Apple berkata, Swatch sepatutnya tidak dibenarkan menggunakan tanda dagangan tersebut, sebaliknya memohon pihak Swatch hadir dengan tanda dagangan mereka sendiri.

Walaubagaimanapun, Swatch berkata bahawa ia menggunakan frasa"one more thing" bagi melancarkan sebuah filem noir yang diilhamkan daripada set jam tangan.

Swatch menambah, penggunaan frasa tersebut juga sebenarnya diilhamkan dari siaran siri tv detektif "Columbo," yang sering berkata “just one more thing.” dalam siri tv tersebut.

Selepas mendengar hujah daripada kedua-dua belah pihak, peguam yang mengendalikan kes tersebut telah menyebelahi pihak Swatch.

Berikut adalah petikan daripada pihak peguam menerangkan keputusan yang dibuat terhadap saman tersebut:-

These words, used once before introducing a particular new product or service of the opponent [Apple], are then never used again in relation to that product or service”.

“Patchy and temporary use does not have the character of indication of a trade source. Also weighing heavily against the opponent on this issue is this ordinary meaning that the phrase carries — simply that the speaker is about to say something else. Again, in each of the opponent’s examples.”

Kekalahan kedua ini sekaligus menyebabkan Apple terpaksa membayar yuran guaman bagi pihak Swatch. Tetapi...

Apple tetap menang


Walaupun tindakan undang-undang yang diambil oleh Apple ini gagal, tetapi sebenarnya Apple tetap menang dengan cara lain ke atas Swatch.

Memang telah sedia maklum bahawa Apple kini menjual jam pintar Apple Watch mereka lebih banyak daripada seluruh industri jam tangan Swiss.

Malah pertumbuhan pasaran bagi peranti boleh pakai ini dijangka akan terus dikuasai oleh Apple untuk beberapa tahun akan datang.

Sumber: 9TO5Mac