Difahamkan Qualcomm masih membekalkan modem 5G Snapdragon X55 kepada model 5G iPhone 12 tahun ini, hanya rekaan antenna sahaja dari Apple. Menurut sumber, Apple juga sedang menguji rekaan yang menggunakan kedua-dua modem dan antenna dari Qualcomm.
Kemungkinan juga Apple akan memilih untuk menggunakan kedua-dua pilihan perkakas dari Qualcomm. Namun jika itu yang dipilih, rekaan iPhone akan sedikit tebal dari sebagaimana yang Apple mahukan. Inilah sebabnya mereka mahu mereka bentuk rekaan antenna 5G sendiri.
Namun perlu diingat, Apple sebelum ini pernah mereka bentuk rekaan antenna sendiri. Kes paling popular adalah pada peranti iPhone 4 yang mempunyai rekaan antenna yang teruk, sambungan rangkaian akan terputus jika pengguna memegang peranti dengan cara tertentu.
Tahun ini juga Apple buat pertama kalinya akan menggunakan rangkaian 5G pada peranti pintar mereka. Sudah semestinya pengguna tidak mahu lagi isu antennagate berulang kembali.
Sumber: Fastcompany
Berkaitan
- Cara Membeli Produk Apple Dengan Harga 'Pelajar' Yang Lebih Rendah
- Apple Watch Series 6 Dan SE Boleh Dipra-Tempah Di Malaysia Bermula 15 Oktober Ini
- 5 Sebab Kenapa Apple Selalu Lambat Perkenalkan Ciri-Ciri Menarik Yang Android Sudah Ada
- Cukai Untuk Membangunkan Aplikasi Apple App Store Dikurangkan Kepada 15% Untuk Pembangun Kecil
- Huawei Nova 8 SE Diperlihatkan Dengan Sisi Rata Seumpama Rekaan iPhone 12
- CEO Xiaomi Terima Kecaman Setelah Dilihat Menggunakan iPhone
- Lagi Tentang Pixel 4a - Harga Jualan Yang Lebih Rendah Dari iPhone SE
- Smart Battery Case Untuk Siri iPhone 11 Boleh Dibeli Pada Harga RM539
- Ming-Chi Kuo - Pengecas 20W iPhone 12 Dijual Berasingan, Tiada Pengecas Disertakan Dalam Kotak
- Senarai Model iPhone Yang Terima Kemaskini iOS 14