Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple 5g antenna

Apple Sedang Menyiapkan Rekaan Antenna 5G Tersendiri, Tidak Bergantung Dengan Rekaan Antenna Qualcomm

Diterbitkan Februari 17, 2020 oleh Meor Hasyim

Apple memutuskan mahu mereka bentuk sendiri modul antenna untuk peranti pintar 5G mereka. Ini adalah disebabkan rekaan antenna dari Qualcomm tidak sesuai dengan kehendak Apple yang mahukan rekaan premium peranti mereka tersendiri.

Difahamkan Qualcomm masih membekalkan modem 5G Snapdragon X55 kepada model 5G iPhone 12 tahun ini, hanya rekaan antenna sahaja dari Apple. Menurut sumber, Apple juga sedang menguji rekaan yang menggunakan kedua-dua modem dan antenna dari Qualcomm.

Kemungkinan juga Apple akan memilih untuk menggunakan kedua-dua pilihan perkakas dari Qualcomm. Namun jika itu yang dipilih, rekaan iPhone akan sedikit tebal dari sebagaimana yang Apple mahukan. Inilah sebabnya mereka mahu mereka bentuk rekaan antenna 5G sendiri.

Namun perlu diingat, Apple sebelum ini pernah mereka bentuk rekaan antenna sendiri. Kes paling popular adalah pada peranti iPhone 4 yang mempunyai rekaan antenna yang teruk, sambungan rangkaian akan terputus jika pengguna memegang peranti dengan cara tertentu.

Apple Sedang Menyiapkan Rekaan Antenna 5G Tersendiri, Tidak Bergantung Dengan Rekaan Antenna Qualcomm
iPhone 4. Popular dengan isu antennagate kerana rekaan antenna yang kurang efisien.

Tahun ini juga Apple buat pertama kalinya akan menggunakan rangkaian 5G pada peranti pintar mereka. Sudah semestinya pengguna tidak mahu lagi isu antennagate berulang kembali.

Sumber: Fastcompany

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY