Apple Sah Mengambil Alih Perniagaan Modem Intel

Beberapa hari lalu terdapat laporan menyatakan bahawa Apple sedang berada dalam perbingcangan mengambil alih perniagaan modem Intel.

Pengambilalihan dengan nilai $1 bilion itu telah disahkan kedua-dua syarikat pada hari ini dimana sekitar 2,200 pekerja, paten serta peralatan Intel akan diperolehi Apple. Intel tidak akan keluar daripada perniagaan modem sepenuhnya, bermaksud mereka masih lagi boleh membangunkan modem bagi komputer, peranti IoT, kenderaan tanpa pemandu dan lain-lain kecuali telefon pintar.

Menurut CEO Intel, Bob Swan , pengambilalihan ini membolehkan syarikat memberikan fokus kepada pembangunan teknologi 5G yang lain. Selain daripada itu, pembelian ini juga dilihat mampu membantu Apple dalam pembangunan modem 5G mereka sendiri.

Berdasarkan analisa yang dilaporkan oleh Bloomberg pada April lalu, modem keluaran Apple dijangka penghasilannya dalam tempoh tiga tahun.

Sumber: Apple via The Verge