Penipuan melibatkan iPhone yang dibeli ataupun unit yang dicuri. Selepas itu, komponen dalaman peranti seperti papan litar dan skrin paparan akan ditukarkan dengan komponen yang tidak asli dan terdapat juga kes ditukar dengan pembalut gula-gula getah.
Kemudiannya iPhone tersebut akan dipulangkan kepada Apple Store dan ditukar dengan yang baru menerusi waranti.
Perkara ini mula disedari pada 2013, dimana pihak Apple mengenalpasti sejumlah iPhone yang ditukar menggunakan Apple ID yang baru.
Selepas mendapat unit gantian, pengguna akan menggunakan Apple ID lama mereka. Berdasarkan maklumat itu, Apple membuat kira-kira sekitar 60% waranti di China dan Hong Kong adalah palsu dan hal ini menyebabkan mereka kerugian berbilion dolar.
Ia juga memaksa, Apple menutup sementara kedai rasmi mereka di Shenzen kerana cawangan itu dilaporkan lebih dari 2000 tuntutan waranti dibuat dalam masa seminggu.
Bagi menyelesaikan permasalahan itu, Apple mengambil langkah dengan melaksanakan ujian waranti yang lebih terperinci.
Selain itu, mereka turut menggunakan warna yang tidak dapat dilihat pada bateri, dan menggunakan bahan kalis khas pada cip pemprosesan.
Dengan langkah itu, gergasi berpengkalan dari Cupertino itu berjaya mengurangkan kadar penipuan dari 60% kepada 20%.
Sumber: The Information dan Phone Arena
Berkaitan
- Mozilla Teruskan Sokongan Firefox Untuk Windows XP dan Vista Sehingga September 2017
- Jepun Bakal Ada Robot Yang Menyediakan Ayam Goreng
- Cyberjaya Dan Putrajaya Akan Terima Kemudahan Teknologi 5G, Bakal Jadi Bandaraya Pintar Pertama Di Malaysia
- Gambar Rakaman Malam Dari HONOR 9X Pro
- Syarikat Disebalik Kamera Nokia 9 Pureview Sudah Undur Diri Dari Industri Telefon Pintar
- Pemilik PS2 Mungkin Tidak Tahu Fungsi Ini
- Semak Secara Dalam Talian Sama Ada Anda Layak Mendapat Rebat Elektrik RM40 Ataupun Tidak
- 10 Peranti Berprestasi Terbaik Bagi Bulan Mac 2019 Oleh Antutu
- Facebook Untuk iOS Dilapor Membuka Kamera Tanpa Izin Pengguna
- Jualan Gudang Switch - iPhone 5 Dijual Serendah RM200