Apple Reka Semula Papan Kekunci Macbook Pro Untuk Atasi Masalah Yang Dihadapi Pengguna

Sebelum ini terdapat aduan pengguna mengenai Macbook keluaran tahun 2015 sehingga 2017 mempunyai masalah. Tiga masalah yang sering dialami adalah apabila menekan butang huruf, ia akan berulang-ulang, seolah-olah butang tersangkut.

Keduanya, huruf tidak muncul walaupun sudah ditekan dan yang terakhir butang terasa melekat dan tidak berfungsi pada tahap yang sepatutnya.

Berdasarkan penemuan laman iFixit, Macbook Pro 2018 dilengkapi dengan papan kekunci yang telah diperbaiki rekaannya.



Dibawah setiap butang, Apple meletakkan getah nipis, menjadikan butang lebih sedap ditekan serta tidak terlalu bising.

Selain itu juga berfungsi sebagai penghalang daripada debu memasuki bahagian dalam papan kekunci.

Walaupunbegitu, tambah baik ini tidak diwar-warkan oleh Apple dan menimbulkan tanda tanya beberapa pihak. Spekulasi menyatakan Apple sengaja menyembunyikan tambah baik itu kerana Macbook Pro 2015 hingga 2017 mempunyai masalah.

Jika Apple memberitahu mereka memperbaiki Macbook Pro 2018, ibarat syarikat itu mengakui kesilapan mereka pada model terdahulu.

Spekulasi lain pula menyebut, Apple pernah bertegas bahawa masalah itu hanya dihadapi oleh sebilangan kecil pengguna Macbook Pro 2015-2017 sahaja. Mereka juga menyangkal dakwaan tidak peka dalam mencipta papan kekunci tersebut.

Sumber: iFixit