Apple Pula Tertangkap Promosi Produk Mereka Menggunakan Peranti Android

Selepas Samsung tertangkap sebanyak dua kali membuat kicauan Twitter menggunakan peranti iPhone dalam masa beberapa hari, kini tiba giliran Apple pula "terkantoi" membuat kesilapan yang sama.

Siapa lagi yang membongkar perkara ini selain daripada Youtuber terkenal, Marques Brownlee. Beliau jugalah yang berjaya mengesan kesilapan Samsung sebelum ini.

https://twitter.com/MKBHD/status/1075007491262607361

Akaun rasmi Apple Music dilihat telah membuat kicauan balas untuk kiriman yang dibuat oleh penyanyi terkemuka, Ariana Grande. Kicauan itu dibuat pada awal November, namun hanya dikesan baru-baru ini.

Perkara ini mungkin dianggap mudah oleh sebahagian daripada kita kerana Apple Music turut ditawarkan untuk peranti Android.

Akan tetapi, ia dilihat kurang profesional bagi akaun rasmi membuat kiriman dengan menggunakan produk keluaran pesaing mereka sendiri.

 

Sumber: MKBHD