Apple Perlihat Emoji Baharu Yang Akan Hadir Pada iOS 14

17 Julai merupakan World Emoji Day yang disambut setiap tahun sejak 2014. Bersempena itu, Apple telah memperlihatkan beberapa Emoji yang akan hadir pada iPhone, iPad dan Mac.



Antara emoji yang akan hadir pada kemas kini Emoji 13 termasuk emoji Ninja, Boomerang, Piñata dan Bubble Tea. Senarai emoji yang diperlihatkan adalah:

  • Dodo

  • Boneka Bersarang

  • Piñata

  • Tamale

  • Pinched Fingers

  • Boomerang

  • Ninja

  • Duit Syiling

  • Anatomi Jantung

  • Beaver

  • Simbol Transgender

  • Teh Bubble

  • Paru-paru


Kesemua emoji ini telah diluluskan oleh Unicode sebagai sebahagian daripada Emoji 13.0. Antara emoji baharu lain yang tidak dipertontonkan termasuk Smiling Face with Tear, Disguised Face, dan People Hugging.



Sebagai tambahan, Apple turut memperlihatkan pilihan Memoji baharu untuk pelbagai penutup kepala dan topeng muka berwarna, yang boleh digunakan sebagai pelekat dalam aplikasi iMessage.

Dalam pada itu, emoji baharu ini dijangka akan hadir pada separuh kedua tahun ini, yang kebiasaannya akan dilepaskan pada iOS 14.1 atau iOS 14.2.

Sumber: Emojipedia

P/S: Sempena World Emoji Day, emoji mana yang kerap anda gunakan? Komen di bawah. 🌸