Apple Perkenal Smart Battery Case Bagi Model iPhone XS, iPhone XS Max Dan iPhone XR

Bagi memberikan perlindungan serta kuasa bateri tambahan kepada pengguna iPhone keluaran 2018, Apple telah melancarkan sebuah produk dinamakan Smart Battery Case.

Smart Case Battery disasarkan untuk tiga model iaitu iPhone XS, iPhone XS Max dan juga iPhone XR. Smart Battery Case menjanjikan kuasa bateri seperti berikut

  • iPhone XS

    • Masa berbual sehingga 33 jam

    • Internet sehingga 21 jam

    • Tontonan video sehingga 25 jam



  • iPhone XS Max

    • Masa berbual sehingga 37 jam

    • Internet sehingga 20 jam

    • Tontonan video sehingga 25 jam



  • iPhone XR

    • Masa berbual sehingga 39 jam

    • Internet sehingga 22 jam

    • Tontonan video sehingga 27 jam






Mempunyai dua pilihan warna iaitu hitam dan putih dan boleh didapatkan pada harga diatas diplatform jualan dalam talian Apple Malaysia.