Apple Perkenal Fungsi Pindahkan Gambar Dan Video Dari iCloud Photos Ke Google Photos

Apple kini memperkenalkan satu lagi fungsi yang membolehkan pengguna untuk memindahkan salinan gambar dan video yang tersimpan di iCloud ke Google Photos.

Menurut Apple, gambar dan video yang dipindahkan daripada iCloud Photos tidak akan mengubah atau memadam kandungan asal. Akan tetapi, ia hanya membuat salinan kandungan tersebut ke perkhidmatan lain.

pindah icloud photos ke google

Proses pengesahan dan pemindahan kandungan ini memerlukan tempoh antara tiga hingga tujuh hari. Bagaimanapun, tidak semua data dan format yang tersedia di iCloud Photos - seperti Smart Albums, Live Photos atau fail RAW akan tersedia pada Google Photos.

Buat masa ini, perkhidmatan memindahkan iCloud Photos ke Google Photos hanya tersedia bagi beberapa negara sahaja. Antaranya termasuk Australia, Kanada, Iceland, United Kingdom, Switzerland, New Zealand, EU, Amerika Syarikat dan sebagainya.

Sumber: AppleĀ