Apple Perkenal Aplikasi Penjejakan Peranti Pihak Ketiga

Apple baru-baru ini telah memperkenalkan aplikasi Find My Certification Asst. dimana ia membenarkan penjejakan peranti pihak ketiga.

Buat pengetahuan, kesemua peranti Apple terbina aplikasi Find My yang memberikan pengguna untuk mencari dan menjejak peranti Apple yang hilang atau terlupa meletakkannya di mana.

Oleh itu, dengan pengenalan Find My Certification ini, syarikat pihak ketiga perlu menggunakannya bagi membolehkan ia disepadukan dengan aplikasi Find My.



Berdasarkan laporan, syarikat Belkin melalui fon telinga tanpa wayar SoundForm Freedom mengesahkan bahawa peranti mereka boleh dijejak menggunakan aplikasi Find My.

Walau bagaimanapun, mana-mana syarikat pihak ketiga yang mahu peranti mereka disokong sistem penjejakan Apple, mereka terlebih dahulu perlu memohon lesen di MFI (Made For iPhones).

Sumber: Techcrunch