Apple Patenkan Rekaan Lipat Bagi Peranti iPhone

Rekaan peranti boleh lipat dijangka bakal membuat kemunculan semula pada tahun depan apabila beberapa pengeluar telah mengesahkan bakal melancarkan peranti dengan ciri tersebut pada 2019.

Antara pengeluar yang sudah menyatakan secara rasmi mengenai perkara tersebut ialah syarikat dari Korea Selatan, Samsung. Tidak mahu ketinggalan dengan "musuh tradisi" itu, Apple pula didakwa bersedia untuk memperkenalkan peranti boleh lipat mereka sendiri.

Ia berdasarkan satu rekaan paten peranti boleh lipat Apple yang didedahkan oleh pihak Patently Apple baru-baru ini. Rekaan itu dikatakan sudah difailkan sejak Mac 2018, namun hanya diterbitkan secara siaran awam oleh USPTO semalam.

Kapsyen: Patently Apple


Peranti itu juga didakwa akan menggunakan panel skrin jenis OLED selepas mula beralih kepada panel berkenaan daripada LCD sejak beberapa keluaran yang lalu.

Mungkinkah kita akan melihat iPhone dengan skrin boleh lipat seawal tahun hadapan? Ia amat menarik untuk dinantikan.

 

Sumber: Patently Apple    Phone Arena