Apple Patenkan Ciri Buka Aplikasi Kamera Secara Automatik

Sejak beberapa tahun ini, Apple kerap kali diperkatakan membawa "inovasi" yang sudah lama dipakai peranti Android.

Terbaru, syarikat pengeluar itu dikesan sudah memfailkan paten untuk mengaktifkan sistem kamera secara automatik.

Berdasarkan maklumat yang dimuat naik oleh AppleInsider, paten itu menyebut " Alat dan kaedah untuk mengaktifkan kamera secara automatik berdasarkan perlakuan untuk mengambil gambar atau video".

Difahamkan, apabila pengguna mengangkat peranti pada kedudukan yang biasa dibuat untuk merakam foto, ia akan mengesan subjek menerusi sensor jarak (proximity),  aplikasi kamera akan terbuka secara automatik berdasarkan kriteria yang ditetapkan.

Bagi mengesan pergerakan , Apple dikatakan menggunakan accelerometer.

Untuk mudah difahami, apabila iPhone berada dalam kedudukan yang sepatutnya dan terdapat subjek dikesan berhampiran, ia akan mengaktifkan aplikasi kamera.

Walaubagaimanapun, fungsi ini hanya sekadar paten dan belum dapat dipastikan sama ada ia akan tampil pada produk akhir ataupun tidak.

Sumber: Apple Insider

Sumber foto utama: iPhoned