Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple Nak Buat Konsol Permainan Mudah Alih

Apple Nak Buat Konsol Permainan Mudah Alih

Diterbitkan Mei 10, 2021 oleh Wiser MY

Populariti permainan konsol mudah alih terutama Nintendo Switch kembali meningkat semenjak musim pandemik ini.

Kini Apple dikatakan akan membangunkan sebuah permainan konsol mudah alih yang akan menggunakan cip baru dan menyokong “ray tracing”.

Apple, preparing a portable hybrid console, like the Switch

A new AP is being prepared with a new model name, not the Apple A series or M series. It features enhanced GPU performance and ray tracing support. Future games are in negotiation with Ubisoft.https://t.co/K88iSMC4bd

— Tron ❂ (@FrontTron) May 7, 2021

Dalam satu pautan yang dikongsi Frontron di Twitter, satu kiriman di sebuah laman web komuniti Korea bercakap tentang Apple menghasilkan permainan konsol seperti Nintendo Switch.

Menariknya, konsol permainan itu tidak akan menggunakan cip siri A atau siri M. Ia akan menggunakan cip baru dengan peningkatan prestasi dan sokongan ray tracing.

Disamping itu, Apple juga sedang berunding dengan syarikat permainan terkenal Ubisoft untuk membuat permainan eksklusif di Apple Arcade. Ini adalah untuk tarik perhatian pemain kasual dengan peningkatan grafik.

Namun, setakat ini semuanya hanya cakap-cakap sahaja. Mengikut sejarah khabar angin ‘peranti permainan Apple’, ada kemungkinan ia tidak akan berlaku.

Sumber: ithome

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY