Apple Mungkin Perkenalkan Model iPhone Pro Tahun Ini

'Pro' mungkin menggantikan penggunaan 'S', 'Max' dan 'Plus' pada model iPhone.


Terdapat khabar angin yang baru kedengaran, Apple mungkin tidak lagi meletakkan 'S', 'Max' dan 'Plus' pada model iPhone mereka. Sebaliknya menggantikannya dengan perkataan 'Pro' pada model iPhone terbaru yang akan diperkenalkan tidak lama lagi tahun ini.

Jika benar, ia tidak mengejutkan kerana Apple ada menggunakan perkataan 'Pro' pada produk keluaran mereka yang lain termasuklah  iMac Pro, Mac Pro dan Macbook Pro serta peranti tablet iPad Pro.

Kapsyen: Model terbaru Mac Pro dan paparan terbaru Apple yang dikenali sebagai Pro Display XDR.


Buat masa ini, tiada pengesahan lain yang dapat mengukuhkan khabar angin ini. Tetapi tidak mustahil untuk Apple menggunakan 'Pro' pada model iPhone Premium.

Apple dijangka akan perkenalkan iPhone 11 dalam bulan September ini.

Sumber: Cult of Mac